Posts

Showing posts from December, 2018

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan

Image
Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970. Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat. Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan

Media Sosial

Image
Penggunaan media sosial kini semakin meluas ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Saya yakin bahawa hampir satu dunia telah menggunakan media sosial ini. Terdapat banyak media sosial yang wujud termasuk media sosial yang digabungkan bersama permainan seperti Plato. Mari kita lihat mengenai penggunaan media sosial sekarang. Untuk pengetahuan semua bahawa Malaysia antara negara ke-9 paling aktif menggunakan media sosial. 1) Whatsapp  Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita. 2) Facebook   Penggunaan internet terkini di negara ini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2016. Dari hasil kajian itu juga mendapati, pengguna media sosial menghabiskan masa mereka menggunakan internet sekitar empat jam sehari. Pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 pera

Apa itu Islam

Image
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar  salama  yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Iman pula berasal daripada kata dasar  al-amn  yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu. Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah  isa’ah  (berbuat jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata. Rukun Islam: i) Mengucap dua kalimah syahadah ii) Menunaikan solat lima waktu se

Makanan segera yang menarik

Image
Assalamualaikum dan hi semua. Saya tahu anda semua tentu lapar terutamanya pada para pelajar yang masih buat kerja, assignment dan yang tengah main permainan video. Saya tahu sebab saya juga adalah salah orang pelajar yang masih belajar. Semua pelajar ingin makan makanan yang cepat kerana tidak mempunyai masa disebabkan kerja yang bertimbun. Jadi saya sebagai pelajar akan mengongsikan tentang makanan makanan yang para pelajar inginkan. 1) McDonald Ini merupakan salah satu makanan kegemaran untuk para pelajar termasuk orang lain. Tetapi saya banyak tuju kepada para pelajar kerana kami sentiasa lapar. Kalau dapat makanan ini secara percuma, Alhamdulillah memang seronok kami ucapkan heheh. 2) KFC  Ini salah satu daripada pesaing McD iaitu KFC. Keranggupan ayamnya yang menjilat jari serta hidangan yang pelbagai telah membuka selera kami untuk makan lebih banyak. Tapi mana kemahunya, sebab bila buka dompet, yang keluar hanyalah rama rama sahaja. Tapi bila kaya, memang kay

Kegunaan Kad Grafik

Image
Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer. Kelebihan menggunakan kad grafik 1) K omponen terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing gambar dan video. 2) M ereka yang gemar bermain permainan video juga menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D. Perkara yang perlu tahu sebelum membeli grafik kad 1)  Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) - Berfungsi untuk memproses data grafik.  2)  Semak memori Video - Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses.  3)  Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer. 4)  Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.   Apabila dikata

Kenali Kolej Aminuddin Baki

Image
Sudah tentu di UKM ini terdapat hampir 10 kolej didalam dan 2 kolej diluar. Kolej Aminuddin Baki (KAB) merupakan antara kolej yang terawal dibina selepas Kolej Dato Onn (KDO). Kolej ini adalah antara kolej yang berada ditengah tengah UKM dimana ia berdekatan dengan saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Hampir semua pelajar yang berada di KAB ini merupakan pelajar dari 4 fakulti sahaja iaitu FEP, Fakulti Pendidikan (FPend), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kolej ini mempunyai lebih daripada 5 blok dan terdapat rumah Pengetua, iaitu Dr Suzeren Jamil. Pelajar di UKM terus menganggap bahawa kolej ini adalah kolej sukan kerana sudah 8 tahun berturut turut kolej ini memenangi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Sungguh menakjubkan. Bukan setakat sukan sahaja, tetapi kolej ini juga sering memenangi pertandingan kebudayaan seperti tarian. Jadi kolej ini bukanlah kolej yang biasa biasa sahaja. Visi Menjadi kolej ked

Baju Raya Lelaki

Image
Saya tahu bahawa semua orang terutama lelaki mempunyai baju raya sendiri ketika menjelangnya musim perayaan. Belum habis puasa lagi sudah siap baju raya meskipun baru 1 Ramadhan. Tapi tiada apa mungkin keterujaan menguasai diri. Jadi disini saya akan mengongsikan beberapa baju yang orang lelaki inginkan atau yang perlu dibeli oleh orang perempuan untuk suaminya atau kekasihnya. Berikut adalah baju baju yang ada menjelang musim perayaan. 1) Baju Melayu - I a merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.  Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping  dan songkok. Baju Melayu terdapat dua garisan iaitu teluk belanga dan cekak musang.  Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Ini merupakan contoh Baju Melayu bergariskan "Cekak Musang "  I ni pula contoh Baju Melayu Tel

Jenis Kasut Lelaki

Image
Jenis kasut 1)  Sneakers  -Merupakan kasut yang paling ramai orang pakai termasuk perempuan. Ianya amat mudah dibentuk bukan sahaja dengan gaya converse tapi banyak lagi. Bentuknya yang agak lawa dan kemas memberikan kesempurnaan kepada lelaki untuk memakainya.  Ini antara kasut sneakers yang diminati oleh warga Vans Of The Wall. Bentuknya yang kemas memberi keyakinan dan keselesaan kepada pengguna. 2) Kasut Sukan -Saya yakin yang semua lelaki pasti meminati sukan terutamanya bola sepak. Banyak lagi sukan lain dan hampir semua sukan mempunyai kasutnya yang tersendiri. Banyak kedai yang menjual kasut sukan terutamanya di Al Ikhsan ataupun kedai sukan lain.  Ini merupakan kasut untuk jogging. Terdapat beberapa paten yang ada dan semuanya bergantung pada pilihan kita. Ini pula adalah kasut boot yang amat diidamkan oleh semua pemain bola. Ia direka khas dengan bentuk dan tajam yang tajam untuk memberi keselesaan ketika berada di atas padang rumput. Dileta

LMCZ 4412

Image
Mesti ramai yang tertanya tanya apa itu LMCZ4412. Jadi mari saya terangkan. LMCZ4412 ini adalah salah satu kod untuk citra seni silap mata yang berada di UKM. Seni silap mata UKM ini adalah satunya seni yang diajar di universiti ini dan tiada ditempat lain. Ia cuma ada di UKM sahaja. Jadi saya bangga menjadi salah seorang daripada pelajar citra seni silap mata ini.      Dalam citra ini, kami diajar oleh mereka yang telah pun mahir dalam bidang silap mata ini iaitu Encik Suhaimi, Encik Ispa' dan Encik Faizal. Bagi pelajar tahun 1 semester 1, kami diajar seni yang asas sahaja berbanding dengan mereka yang berada pada tahun 2 semester 1. Mereka telah mahir menggunakan silap mata yang menggunakan kad. Ini contoh kad magik yang telah digunakan oleh para ahli silap mata. Memang menakjubkan silap mata ini walaupun saya mengambil seni ini.      Kami telah belajar banyak silap mata tapi secara seriusnya, memang best dan menyeronokkan. Saya berasa gembira mengambil seni ini. Apabila

Permainan menggunakan Komputer

Image
Hampir semua orang gemar akan permainan video. Ya aku pun salah seorang peminat permainan video yang menggunakan komputer. Aku lebih minat menggunakan Ps4 tapi kosnya agak mahal jadi aku gunakan laptop untuk bermain game sebab senang dibawa kemana sahaja. Itu bagi aku lah. Pendapat aku. Aku sepanjang cuti banyak menghabiskan cuti dengan bermain permainan video. Ia umpama hobi untuk aku. Bukan hobi yang selalu, tapi minat lah. Biasalah lelaki kan. Jadi aku akan ceritakan beberapa permainan video yang selalu aku main. 1) Dota 2 Ia merupakan salah satu game dimana ia mengasah bakat dalam menyusun strategi. Dalam permainan ini, adiwira akan diberi secara percuma jadi anda bebas memilihnya. Terdapat 3 "lane" yang berbeza. Permainan ini telah berjaya mencipta nama sehingga telah menjadi salah satu permainan video yang telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa setiap tahun.  2) Counter Strike : Global Offensive   Ia merupakan salah satu permainan video y

Kolestrol Dalam Burger

Image
Assalamualaikum semua. Harini saya akan berkongsi tentang kolestrol yang terdapat dalam burger. Saya tahu bahawa semua orang menyukai burger sebab kesedapan perencahnya terutama burger McD ataupun KFC. Memang sedap tapi anda perlu tahu tentang kolestrol yang terdapat dalam burger tersebut.  Nampak kecil je tapi kolestrolnya agak tinggi. Maklumlah sebab perencahnya itu yang membuatkan burger itu mempunyai kolestrol yang tinggi.  Dalam sebuah penelitian, salah satu jenis makanan cepat saji dengan rasa yang enak ini ternyata kaya akan kandungan lemak jenuh. Sebagai contoh, jika kita memilih burger yang diberi tambahan taburan keju, maka kita akan menggunakan 10-20 gram lemak jenuh dan 85 mg  kolesterol . Jika kita menggunakannya bersama dengan kentang goreng, aiskrim, dan  milkshake , maka kandungan kolesterol dan lemak yang masuk ke dalam tubuh tentu akan semakin meningkat. Makanan enak lain yang disukai banyak orang namun kaya akan kandungan kolesterol adalah hati, termasuk hati

Redha Vs Pasrah

Image
Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. (Surah Ali Imran ayat 139) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah. Allah izin tak bermakna Allah redha Ramai yang salah faham dengan menyangka bahawa jika sesuatu perkara itu berlaku, itu tanda Allah meredhai perkara tersebut. Ayat yang biasa disebut: “Kalau Allah tak suka sangat, takkan Allah bagi jadi juga?”. Fahaman ini sangat silap.   Definisi Pasrah ialah menyerah diri atau jiwa terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Biasanya kita sering terdengar ayat, “ Aku pasrah dengan apa yang sudah berlaku. Tiada apa yang aku boleh lakukan lagi .” Perkataan redha berasal dari bahasa Arab. Namun begitu, penggunaa

Rahsia Penutup Botol Air

Image
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) Piarapakaran Subramaniam mengesahkan ketetapan warna-warna penutup botol air tersebut yang menjadi tular di media sosial, sekali gus menjadi 'pengetahuan baharu' untuk masyakat yang tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini. Jadi mari saya kongsikan beberapa fakta yang anda perlu tahu.  1) Penutup Botol Biru Kalau anda semua nak tahu,  penutup biru diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Jadi ini lah baru betul air mineral kerana prosesnya adalah bersih iaitu proses penyulingan.  2) Penutup Botol Putih Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air tu hilang. Haa jadi baru kita tahu yang air mineral berpenutup putih ini lebih murah berbanding air yang botol penutupnya warna biru.  3) Penutup Botol Hijau  Kalau n

Adab Menziarahi Orang Sakit

Jadi disini saya ingin mengongsikan tentang cara menziarahi orang sakit. Kita mengetahui bahawa orang yang sihat perlu melawat orang sakit kerana itu adalah hak yang mesti ditunaikan. Sebelum itu, terdapat beberapa adab yang perlu diketahui dan dipelajari sebelum melawat orang yang sakit. 1) Hubungi dahulu pesakit atau ahli keluarga yang anda nak dtg. - Ini sama seperti adab menziarahi rumah orang. Maklumkan terlebih dahulu yang anda ingin hadir. Hal ini kerana supaya ia tidak menganggu pesakit atau pasangan yang menjaganya sekaligus memberi ruang kepada pelawat untuk melawat dengan lebih lama 2) Jangan datang pada waktu yang dia mahu berehat - Kurangkan atau elakkan datang pada waktu malam ataupun pada waktu tengahari kerana pada waktu ini, pesakit tengah cuba untuk menenangkan fikiran dan berehat. Memanglah bagi anda anda rasa anda cuma datang berdua je tapi tak semestinya hanya anda sahaja yang datang, mungkin ada orang lain. 3) Tetapkan telefon bimbit dalam mod senyap - Un

Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS)

Image
Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi  atau ringkasnya  Kor SUKSIS  ialah sebuah badan beruniform polis  bagi mahasiswa  di universiti tempatan Malaysia. . Mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberi status kadet  dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum digelar sebagai inspektor Sukarelawan Polis .  Dianggarkan sekitar 5 peratus ahli Kor SUKSIS menyertai Polis DiRaja Malaysia selepas tamat pengajian. Setiap inspektor SUKSIS yang telah tamat latihan diberi keutamaan untuk menyertai pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia  selepas mereka bergraduan dari universiti masing-masing.  Sejarah Penubuhan Kor SUKSIS bermula dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi,  selaku Menteri Dalam Negeri  pada tahun 1999. Objektif  1)  Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA. 2)  Mampu memain

Kenali UKM

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia , yang juga dikenali sebagai  UKM , adalah sebuah universiti awam yang terletak di  Bangi ,  Selangor yang terletak di selatan  Kuala Lumpur . Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) terletak di Cheras dan juga mempunyai kampus cawangan di Kuala Lumpur. Ia merupakan antara universiti paling berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM (17,500 pelajar sarjana muda, dan 5,105 pelajar pascasiswazah di mana 1,368 merupakan pelajar asing dari 35 buah negara). Universiti Kebangsaan Malaysia adalah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-259 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2014. Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia. Ia juga adalah satu-satunya universiti dari Malaysia yang telah disenaraikan di

Cameron Highlands

Image
Seperti yang ramai sudah tahu, Cameron Highlands merupakan salah satu tempat yang menarik untuk melancong dan tempat peranginan tanah tinggi di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1829 meter dari aras laut dan bersuhu diantara 10 celcius dan 20 celcius. Hampir semua orang pernah pergi ke Cameron Highland dan semestinya saya pernah pergi tapi hanya mengikuti lawatan sekolah sempena kluster kecemerlangan. Ingat lagi saya pada tahun 2015, saya bersama kawan kawan pergi ke sebuah sekolah SMK Clifford Ini dia Smk Clifford Kuala Lipis iaitu tempat dimana Sultan Pahang dan Dato Siti Nurhaliza bersekolah dahulu. Sekolah ini wujud pada tahun 1913 oleh Hugh Clifford. Eh bukan itu yang nak saya ceritakan tapi saya ada pengalaman dtg ke sekolah ini.  Ini merupakan tempat penggambaran atau layar hijau yang ada di sekolah ini yang bertujuan utk melakukan aktiviti penggambaran. Diatas merupakan salah satu mukadimah kepada cerita saya. Sebelum saya tiba di Cameron Highland, saya sempa