Rahsia Penutup Botol Air
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) Piarapakaran Subramaniam mengesahkan ketetapan warna-warna penutup botol air tersebut yang menjadi tular di media sosial, sekali gus menjadi 'pengetahuan baharu' untuk masyakat yang tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini. Jadi mari saya kongsikan beberapa fakta yang anda perlu tahu.
1) Penutup Botol Biru
Kalau anda semua nak tahu, penutup biru diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Jadi ini lah baru betul air mineral kerana prosesnya adalah bersih iaitu proses penyulingan.
2) Penutup Botol Putih
Ia merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air tu hilang. Haa jadi baru kita tahu yang air mineral berpenutup putih ini lebih murah berbanding air yang botol penutupnya warna biru.
3) Penutup Botol Hijau
Kalau nak tahu, penutup hijau merupakan semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi tau! Jadi bila nampak je penutup hijau ni, sudah tahulah jenama apa. Harganya lebih mahal berbanding botol penutup biru dan putih.
4) Air Mineral Evian
Dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan di Perancis dan diimport terus daripada Perancis. Rasa air Evian juga sedikit berbeza berabnding dengan air mineral yang biasa. Ada yang berpendapat rasa Evian ini lebih kurang macam rasa air Zam-zam. Ada sedikit masin dan payau.
Sekian sahaja perkongsian daripada saya.
Comments
Post a Comment