Apa itu Islam


Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.

Rukun Islam:

i) Mengucap dua kalimah syahadah
ii) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
iii) Mengeluarkan zakat
iv) Berpuasa
v) Menunaikan haji bagi yang mampu

Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam yang lima. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu ia akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik