Baju Raya Lelaki

Saya tahu bahawa semua orang terutama lelaki mempunyai baju raya sendiri ketika menjelangnya musim perayaan. Belum habis puasa lagi sudah siap baju raya meskipun baru 1 Ramadhan. Tapi tiada apa mungkin keterujaan menguasai diri. Jadi disini saya akan mengongsikan beberapa baju yang orang lelaki inginkan atau yang perlu dibeli oleh orang perempuan untuk suaminya atau kekasihnya. Berikut adalah baju baju yang ada menjelang musim perayaan.

1) Baju Melayu

- Ia merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua garisan iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.



Ini merupakan contoh Baju Melayu bergariskan "Cekak Musang



Ini pula contoh Baju Melayu Teluk Belanga. 

2) Kurta

-Merupakan baju yang semakin terkenal baru baru ini dalam musim perayaan kerana mudah dipakai dan didapati. Saiznya yang lebih kecil dari jubah memberi keselesaan kepada pengguna. Di samping terdapat pelbagai corak dan saiz yang agak menawan. 



Merupakan salah satu jenis kurta yang sudah ada dipasaran. 5 Waktu merupakan pengeluar untuk pakaian jubah dan kurta serta Baju Melayu. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik