LMCZ 4412

Mesti ramai yang tertanya tanya apa itu LMCZ4412. Jadi mari saya terangkan. LMCZ4412 ini adalah salah satu kod untuk citra seni silap mata yang berada di UKM. Seni silap mata UKM ini adalah satunya seni yang diajar di universiti ini dan tiada ditempat lain. Ia cuma ada di UKM sahaja. Jadi saya bangga menjadi salah seorang daripada pelajar citra seni silap mata ini.

     Dalam citra ini, kami diajar oleh mereka yang telah pun mahir dalam bidang silap mata ini iaitu Encik Suhaimi, Encik Ispa' dan Encik Faizal. Bagi pelajar tahun 1 semester 1, kami diajar seni yang asas sahaja berbanding dengan mereka yang berada pada tahun 2 semester 1. Mereka telah mahir menggunakan silap mata yang menggunakan kad.


Ini contoh kad magik yang telah digunakan oleh para ahli silap mata. Memang menakjubkan silap mata ini walaupun saya mengambil seni ini.

     Kami telah belajar banyak silap mata tapi secara seriusnya, memang best dan menyeronokkan. Saya berasa gembira mengambil seni ini. Apabila silap mata ini ditunjukkan, saya berasa macam woowww macam mana dia lakukan ni, sampai dihati rasa nak belajar silap mata tersebut.

     Sepanjang 14 minggu saya belajar seni ini, ia tetap menimbulkan rasa teruja itu walaupun tahu untuk melakukan silap mata tersebut.


Tuptap tuptap dah minggu ke 14 dah. Inilah ahli silap mata anda. Kalau nak kami lakukan silap mata, boleh ws kami secara peribadi hehehe.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik