Adab Menziarahi Orang Sakit
Jadi disini saya ingin mengongsikan tentang cara menziarahi orang sakit. Kita mengetahui bahawa orang yang sihat perlu melawat orang sakit kerana itu adalah hak yang mesti ditunaikan. Sebelum itu, terdapat beberapa adab yang perlu diketahui dan dipelajari sebelum melawat orang yang sakit.
1) Hubungi dahulu pesakit atau ahli keluarga yang anda nak dtg.
- Ini sama seperti adab menziarahi rumah orang. Maklumkan terlebih dahulu yang anda ingin hadir. Hal ini kerana supaya ia tidak menganggu pesakit atau pasangan yang menjaganya sekaligus memberi ruang kepada pelawat untuk melawat dengan lebih lama
2) Jangan datang pada waktu yang dia mahu berehat
- Kurangkan atau elakkan datang pada waktu malam ataupun pada waktu tengahari kerana pada waktu ini, pesakit tengah cuba untuk menenangkan fikiran dan berehat. Memanglah bagi anda anda rasa anda cuma datang berdua je tapi tak semestinya hanya anda sahaja yang datang, mungkin ada orang lain.
3) Tetapkan telefon bimbit dalam mod senyap
- Untuk menziarahi, anda perlulah menetapkan telefon bimbit anda dalam mod senyap kerana memberi ruang kepada pesakit untuk berehat. Cuba bayangkan kalau anda datang ke rumah pesakit, dan anda memasang lagu seperti "Keke do u love me" secara kuat, dan kebetulan pesakit itu menghidap sakit jantung, mesti dia akan KO ataupun meninggal. Jadi perlulah meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap.
4) Jangan datang membawa rombongan satu bas.
- Jika anda datang beramai ramai, perlulah memastikan yang anda masuk secara bergilir gilir bukannya beramai sehingga memenuhi segenap ruang didalam bilik atau rumah pesakit.
5) Membawa buah tangan
- Jadilah penziarah yang pemurah hati dan prihatin. Bawalah sedikit buah tangan untuk pesakit dan elakkan membawa buah tangan yang memberikan penyakit kepada pesakit iaitu pantang kepada pesakit.

Comments
Post a Comment