Redha Vs Pasrah


Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.
(Surah Ali Imran ayat 139)



Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah. Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah.

Allah izin tak bermakna Allah redha

Ramai yang salah faham dengan menyangka bahawa jika sesuatu perkara itu berlaku, itu tanda Allah meredhai perkara tersebut. Ayat yang biasa disebut: “Kalau Allah tak suka sangat, takkan Allah bagi jadi juga?”. Fahaman ini sangat silap.
 
Definisi

Pasrah ialah menyerah diri atau jiwa terhadap sesuatu keadaan yang berlaku. Biasanya kita sering terdengar ayat, “Aku pasrah dengan apa yang sudah berlaku. Tiada apa yang aku boleh lakukan lagi.”

Perkataan redha berasal dari bahasa Arab. Namun begitu, penggunaan dan penerimaan perkataan redha ini semakin meluas di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Redha ialah penerimaan seseorang terhadap sesuatu yang terjadi dengan ikhlas atau dengan rela hati terhadap apa yang telah ditakdirkan Tuhan. Ayat yang sering diucapkan ialah, “Dia redha dengan pemergian anaknya. Hidup mesti diteruskan.

Kesan 

Pilihan kita sama ada untuk pasrah atau redha ini akan menentukan tahap kesihatan mental kita dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Apabila kita memilih untuk redha, kita akan sentiasa bersyukur terhadap kurniaan dan nikmat Tuhan.
Fikiran, emosi serta sikap negatif akan dapat dikawal sebaiknya.
Kita juga cenderung untuk lebih proaktif dalam mencari kebahagiaan walau dalam apa jua keadaan kerana kita diberi kebebasan untuk memilih pelbagai alternatif terbaik buat kehidupan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik