Cameron Highlands

Seperti yang ramai sudah tahu, Cameron Highlands merupakan salah satu tempat yang menarik untuk melancong dan tempat peranginan tanah tinggi di Pahang. Cameron Highland terletak setinggi 1829 meter dari aras laut dan bersuhu diantara 10 celcius dan 20 celcius. Hampir semua orang pernah pergi ke Cameron Highland dan semestinya saya pernah pergi tapi hanya mengikuti lawatan sekolah sempena kluster kecemerlangan. Ingat lagi saya pada tahun 2015, saya bersama kawan kawan pergi ke sebuah sekolah SMK Clifford
Ini dia Smk Clifford Kuala Lipis iaitu tempat dimana Sultan Pahang dan Dato Siti Nurhaliza bersekolah dahulu. Sekolah ini wujud pada tahun 1913 oleh Hugh Clifford. Eh bukan itu yang nak saya ceritakan tapi saya ada pengalaman dtg ke sekolah ini. 


Ini merupakan tempat penggambaran atau layar hijau yang ada di sekolah ini yang bertujuan utk melakukan aktiviti penggambaran.

Diatas merupakan salah satu mukadimah kepada cerita saya. Sebelum saya tiba di Cameron Highland, saya sempat singgah di Muzium Pekan


Ini sahaja gambar yang saya ada. Selebihnya telah hilang. Jadi marilah saya cerita apa yang ada dekat Cameron Highland. Pertama, Cameron Highland merupakan tempat yang dimana suhunya diantara 10-20 degree celcius. Memang sejuk pun. Apa yang saya terkejut, ketika berada di sebuah apartmen di Cameron Highland saya memerhatikan bahawa tiada kipas yang digunakan dan hanya menggunakan kesejukkan yang ada di tempat itu sendiri.

Kedua, Strawberi pula merupakan buah yang sangat terkenal di Cameron Highland. Mustahil kalau pergi Cameron Highland tapi tidak membeli buah strawberi yang ada dekat sana. Peniaga disana membuat pelbagai inovasi terhadap buah strawberi.



Haaa ini contoh antara makanan yang terdapat di Cameron Highland. Jadi wajib datang dan cuba. Lagi sesuai bawa bersama pasangan sambil berbulan madu dan menikmati kawasan peranginan ini. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik