Kegunaan Kad Grafik
Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer.
Kelebihan menggunakan kad grafik
1) Komponen terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing gambar dan video.
2) Mereka yang gemar bermain permainan video juga menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D.
Perkara yang perlu tahu sebelum membeli grafik kad
1) Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik (GPU)
-Berfungsi untuk memproses data grafik.
2) Semak memori Video
-Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses.
3) Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer.
4) Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.
Apabila dikatakan satu kad sebagai satu komponen komputer ia merupakan satu kad pemasangan atau Expansion Card yang akan dipasangan pada slot sedia ada pada papan utama. Slot - slot pada papan utama yang boleh digunakan untuk pemasangan kad grafik ini adalah seperti slot PCI (Peripherals Component Interconnect), AGP (Accelerated Graphics Port) dan PCI-E (PCI Express).
Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Ini kerana kad grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik.
Comments
Post a Comment