Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS)

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau ringkasnya Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis bagi mahasiswa di universiti tempatan Malaysia.. Mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberi status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum digelar sebagai inspektor Sukarelawan Polis. Dianggarkan sekitar 5 peratus ahli Kor SUKSIS menyertai Polis DiRaja Malaysia selepas tamat pengajian.
Setiap inspektor SUKSIS yang telah tamat latihan diberi keutamaan untuk menyertai pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia selepas mereka bergraduan dari universiti masing-masing. 

Sejarah
Penubuhan Kor SUKSIS bermula dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi, selaku Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999.

Objektif 

1) Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA.

2) Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis kearah mengwujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dengan masyarakat.

3) Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta personaliti bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Siswa Polis.
Visi 
Melahirkan Siswazah sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan keterampilan diri yang menepati keperluan masyarakat.
Misi
Menyediakan kepada Kor SUKSIS Program Latihan berbentuk:-
i) Ketahanan mental dan fizikal diri.
ii) Pengetahuan asas undang-undang dan budaya kepolisan.
iii) Pengetahuan asas penggunaan dan pengendalian kelengkapan yang digunakan oleh pasukan polis.


Dan saya adalah salah seorang dari ahli Suksis Ukm...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik