Permainan menggunakan Komputer

Hampir semua orang gemar akan permainan video. Ya aku pun salah seorang peminat permainan video yang menggunakan komputer. Aku lebih minat menggunakan Ps4 tapi kosnya agak mahal jadi aku gunakan laptop untuk bermain game sebab senang dibawa kemana sahaja. Itu bagi aku lah. Pendapat aku. Aku sepanjang cuti banyak menghabiskan cuti dengan bermain permainan video. Ia umpama hobi untuk aku. Bukan hobi yang selalu, tapi minat lah. Biasalah lelaki kan. Jadi aku akan ceritakan beberapa permainan video yang selalu aku main.

1) Dota 2


Ia merupakan salah satu game dimana ia mengasah bakat dalam menyusun strategi. Dalam permainan ini, adiwira akan diberi secara percuma jadi anda bebas memilihnya. Terdapat 3 "lane" yang berbeza. Permainan ini telah berjaya mencipta nama sehingga telah menjadi salah satu permainan video yang telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa setiap tahun. 

2) Counter Strike : Global Offensive

 
Ia merupakan salah satu permainan video yang mengamalkan konsep "perang" untuk memenangi setiap pusingan. Permainan ini juga telah berjaya mencipta nama sehingga ramai yang sanggup untuk membelinya.

3) PlayerUnknown's Battleground (Pubg)

Akibat grafik dan peta permainan yang lawa dan menarik, ia telah membuka peluang untuk orang ramai bermain dalam satu kumpulan untuk menjadi sang juara. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik