Kenali Kolej Aminuddin Baki

Sudah tentu di UKM ini terdapat hampir 10 kolej didalam dan 2 kolej diluar. Kolej Aminuddin Baki (KAB) merupakan antara kolej yang terawal dibina selepas Kolej Dato Onn (KDO). Kolej ini adalah antara kolej yang berada ditengah tengah UKM dimana ia berdekatan dengan saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Hampir semua pelajar yang berada di KAB ini merupakan pelajar dari 4 fakulti sahaja iaitu FEP, Fakulti Pendidikan (FPend), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kolej ini mempunyai lebih daripada 5 blok dan terdapat rumah Pengetua, iaitu Dr Suzeren Jamil. Pelajar di UKM terus menganggap bahawa kolej ini adalah kolej sukan kerana sudah 8 tahun berturut turut kolej ini memenangi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Sungguh menakjubkan. Bukan setakat sukan sahaja, tetapi kolej ini juga sering memenangi pertandingan kebudayaan seperti tarian. Jadi kolej ini bukanlah kolej yang biasa biasa sahaja.

Visi

Menjadi kolej kediamaan terpilih yang menyediakan perkhidmatan dan persekitaran kondusif kearah melahirkan modal insan yang berdaya saing melalui penerokaan ilmu, pembentukan budaya dan pembangunan jati diri yang holistik

Misi

Kolej Aminuddin Baki bertekad menjadi kolej kediaman terkehadapan dalam membentuk pelajar berilmu yang berminda global dan berketrampilan tinggi sederap dengan hasrat universiti

Jadi saya akan kongsi tentang lagu kolej ini. 
Tajuk lagu : B Bestari
Gubahan Muzik : Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Kolej Aminuddin Baki
Kolej Ku yang Tercinta
Terunggul di Semua Persada
Kolej B Kolej Bestari
Kolej Aminuddin Baki
Kebanggaan Warganya
Satu Citra Mahasiswa
Di Bumi Indah Varsiti Kita
Agama Dijunjung Tamadun Dipimpin
Itulah Pegangan Kami
Muafakat ke Arah Perpaduan
Itulah Matlamat Kami
Kolej Aminuddin Baki
Kolej Ku yang Tercinta
Terunggul di Semua Persada
Kolej B Kolej Bestari
Kolej Aminuddin Baki
Kebanggaan Warganya
Satu Citra Mahasiswa
Di Bumi Indah Varsiti Kita
Agama Dijunjung Tamadun Dipimpin
Itulah Pegangan Kami
Muafakat ke Arah Perpaduan
Itulah Matlamat Kami

Kolej B Kolej Bestari
Kolej B….
Kolej… Bestari…
Lagu ini merupakan salah satu lagu yang memberi makna mendalam tentang kolej ini. Ia ibarat kebanggaan bagi penghuni kolej ini. 

Berikut adalah gambar pusat kemudahan KAB. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik