Media Sosial

Penggunaan media sosial kini semakin meluas ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Saya yakin bahawa hampir satu dunia telah menggunakan media sosial ini. Terdapat banyak media sosial yang wujud termasuk media sosial yang digabungkan bersama permainan seperti Plato. Mari kita lihat mengenai penggunaan media sosial sekarang. Untuk pengetahuan semua bahawa Malaysia antara negara ke-9 paling aktif menggunakan media sosial.


1) Whatsapp 
Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

2) Facebook 


 Penggunaan internet terkini di negara ini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2016. Dari hasil kajian itu juga mendapati, pengguna media sosial menghabiskan masa mereka menggunakan internet sekitar empat jam sehari. Pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 peratus setakat ini. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh Facebook telah tersebar sehingga satu dunia. Teringat tentang lagu Najwa Latiff iaitu lagu Cinta Muka Buku hehe. 
3) Twitter 
Menurut statistik, pengguna Twitter di negara ini telah mencapai hampir 2.1 juta setakat bulan lalu. Tapi ia tidak sebegitu ramai pengguna Facebook. Penggunaan twitter ini amat meluas kerana terdapat banyak cerita atau khabar yang telah tular. Penggunaannya adalah secara meluas ataupun "worldwide"

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik