Posts

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan

Image
Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970. Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat. Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan

Media Sosial

Image
Penggunaan media sosial kini semakin meluas ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Saya yakin bahawa hampir satu dunia telah menggunakan media sosial ini. Terdapat banyak media sosial yang wujud termasuk media sosial yang digabungkan bersama permainan seperti Plato. Mari kita lihat mengenai penggunaan media sosial sekarang. Untuk pengetahuan semua bahawa Malaysia antara negara ke-9 paling aktif menggunakan media sosial. 1) Whatsapp  Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita. 2) Facebook   Penggunaan internet terkini di negara ini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada tahun 2016. Dari hasil kajian itu juga mendapati, pengguna media sosial menghabiskan masa mereka menggunakan internet sekitar empat jam sehari. Pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 pera

Apa itu Islam

Image
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar  salama  yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Iman pula berasal daripada kata dasar  al-amn  yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu. Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah  isa’ah  (berbuat jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata. Rukun Islam: i) Mengucap dua kalimah syahadah ii) Menunaikan solat lima waktu se

Makanan segera yang menarik

Image
Assalamualaikum dan hi semua. Saya tahu anda semua tentu lapar terutamanya pada para pelajar yang masih buat kerja, assignment dan yang tengah main permainan video. Saya tahu sebab saya juga adalah salah orang pelajar yang masih belajar. Semua pelajar ingin makan makanan yang cepat kerana tidak mempunyai masa disebabkan kerja yang bertimbun. Jadi saya sebagai pelajar akan mengongsikan tentang makanan makanan yang para pelajar inginkan. 1) McDonald Ini merupakan salah satu makanan kegemaran untuk para pelajar termasuk orang lain. Tetapi saya banyak tuju kepada para pelajar kerana kami sentiasa lapar. Kalau dapat makanan ini secara percuma, Alhamdulillah memang seronok kami ucapkan heheh. 2) KFC  Ini salah satu daripada pesaing McD iaitu KFC. Keranggupan ayamnya yang menjilat jari serta hidangan yang pelbagai telah membuka selera kami untuk makan lebih banyak. Tapi mana kemahunya, sebab bila buka dompet, yang keluar hanyalah rama rama sahaja. Tapi bila kaya, memang kay

Kegunaan Kad Grafik

Image
Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer. Kelebihan menggunakan kad grafik 1) K omponen terpenting yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja berasaskan grafik seperti editing gambar dan video. 2) M ereka yang gemar bermain permainan video juga menggunakan kad grafik terutamanya permainan video berbentuk 3D. Perkara yang perlu tahu sebelum membeli grafik kad 1)  Semak kelajuan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) - Berfungsi untuk memproses data grafik.  2)  Semak memori Video - Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses.  3)  Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer. 4)  Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.   Apabila dikata

Kenali Kolej Aminuddin Baki

Image
Sudah tentu di UKM ini terdapat hampir 10 kolej didalam dan 2 kolej diluar. Kolej Aminuddin Baki (KAB) merupakan antara kolej yang terawal dibina selepas Kolej Dato Onn (KDO). Kolej ini adalah antara kolej yang berada ditengah tengah UKM dimana ia berdekatan dengan saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Hampir semua pelajar yang berada di KAB ini merupakan pelajar dari 4 fakulti sahaja iaitu FEP, Fakulti Pendidikan (FPend), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kolej ini mempunyai lebih daripada 5 blok dan terdapat rumah Pengetua, iaitu Dr Suzeren Jamil. Pelajar di UKM terus menganggap bahawa kolej ini adalah kolej sukan kerana sudah 8 tahun berturut turut kolej ini memenangi Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM). Sungguh menakjubkan. Bukan setakat sukan sahaja, tetapi kolej ini juga sering memenangi pertandingan kebudayaan seperti tarian. Jadi kolej ini bukanlah kolej yang biasa biasa sahaja. Visi Menjadi kolej ked

Baju Raya Lelaki

Image
Saya tahu bahawa semua orang terutama lelaki mempunyai baju raya sendiri ketika menjelangnya musim perayaan. Belum habis puasa lagi sudah siap baju raya meskipun baru 1 Ramadhan. Tapi tiada apa mungkin keterujaan menguasai diri. Jadi disini saya akan mengongsikan beberapa baju yang orang lelaki inginkan atau yang perlu dibeli oleh orang perempuan untuk suaminya atau kekasihnya. Berikut adalah baju baju yang ada menjelang musim perayaan. 1) Baju Melayu - I a merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.  Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping  dan songkok. Baju Melayu terdapat dua garisan iaitu teluk belanga dan cekak musang.  Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Ini merupakan contoh Baju Melayu bergariskan "Cekak Musang "  I ni pula contoh Baju Melayu Tel