SPM 2016
Lahir pada bulan Mac 1999. Upsr pada tahun 2011. PT3 pada tahun 2014 dan SPM pada tahun 2016 Jadi mari saya berkongsi sikit tentang hidup saya bermula dari Upsr. Jadi mari saya mulakan cerita. Tiada gambar masa Upsr. Kalau ada saya kongsi. Saya bersekolah di Mersing, dimana tempat lahir saya tu. Pada masa Upsr tu, memang saya ni malas gila. Belajar pun macam nak taknak je sebab asyik main main je. Biasalah budak kan. Nak dekat Upsr pun masih tak belajar. Tapi seminggu sebelum Upsr tu, saya menghadapi saat yang bebetul gelap. Mak saya pergi meninggalkan saya dan keluarga untuk selamanya. Memang perit lah tapi nak buat macam mana. Masatu masih budak sekolah rendah. Bila naik sekolah menengah baru rasa beratnya lahai tiada mak disisi ni. Jadi mari berbalik lepas jawab Upsr tu. Aku rasa masa Upsr tu aku jadi "bodoh" sebab taktahu apa yang aku jawab. Lepastu dapat keputusan Upsr, aku cuma sedih lah sebab cuma dapat 2A 3B. Tapi alhamdulillah tak gagal hehe. Aku tak mohon pun sekolah luar aku cuma mohon sekolah yang dekat kawasan mereka sebab tak bersedia nak tinggalkan rumah. Akhirnya aku dapat sekolah Sri Mersing. Sekolah biasa je cuma ada kluster kecemerlangan. Aku habiskan masa aku dekat sekolah tu hampir 5 tahun lah. Memang banyak kenangan yang ada kat sekolah tu. Untuk menengah rendah, aku adalah batch pertama yang menjadi "tikus makmal" untuk subjek PT3 lepas ada arahan yang mengatakan PMR akan dimansuhkan. Bermula dari tingkatan 1, aku adalah pelajar rayuan. Aku masuk lambat 2 minggu daripada budak lain sebab keputusan Upsr aku cuma biasa biasa je. Aku dapat kelas 1 Best 5, iaitu kelas terakhir untuk tingkatan 1 pada masatu. Mula mula malu lah kan sebab ramai budak yang pandai pandai nak dibandingkan dengan aku ni, apa jelah yang ada. Haa ingat lagi aku masatu aku ada PBS iaitu pentaksiran berasaskan sekolah kalau tak silap aku lah. Peperiksaan akhir aku cuba untuk menonjol. Alhamdulillah tingkatan 2 aku dapat kelas ke2. Memang masatu cikgu cikgu pandang lah sebab dari kelas akhir dapat naik ke kelas yang ke2. Aku tak sangka pun. Tingkatan 3 pun aku masih dekat kelas kedua.
Haa ini antara geng sekolah aku. Geng yang aku baik kat sekolah sampai lah sekarang. Semua ni sama kelas dengan aku. Bodoh sesama pandai sesama. Untuk aku pendekkan cerita, PT3 aku dapat 5A je. Cukuplah 5A sebagai tikus makmal. PT3 ni taklah susah mana pun cuma kami semua taktahu format je lah. Jadi susah sikit lah nak jawab. Haa sebelum itu aku dapat 5A 3B 1C 1D. D tu untuk subjek sains hahaha. Masa kelas sains aku banyak tidur je.
Naik je tingkatan 4, aku ikut kawan amik kelas sains tulen walaupun aku tak boleh bawa subjek dalam kelas tu. Aku amik subjek Fizik, Kimia, Addmath dan Perakaunan. Masa ni aku kebal lagi taknak tukar kelas. Tapi ingat lagi masa pertengahan tahun, aku dapat 5 gagal. Fizik, kimia, perakaunan, addmath dan math aku gagal. Memang masa tu aku tak bersemangat untuk belajar lah. Tapi aku buat keputusan untuk tukar kelas ke aliran sastera. Aku jumpa pengetua dan bincang bebetul dan dia bagi untuk tukar kelas. Aku amik subjek baru pada pertengahan tahun. Ramai cikgu cakap macam tak sesuai tukar kelas sebab dah pertengahan tahun. Nak tangkap semua subjek pada aliran baru memang susah. Tapi aku anggap ia sebagai cabaran untuk aku. Aku amik subjek Ekonomi, Perakaunan, Sains Tambahan dan Sains sebagai subjek tambahan. Sejujurnya rakan sekelas masa tingkatan 4 &5 memang gempak gilaaaa.
Haa inilah rakan sekelas aku. Tak cukup lagi tapi ini gambar yang ada. Lelaki cuma 5 orang sahaja. Selebihnya perempuan. Maklumlah lelaki semua pupus dah. Sebab ni lah lelaki semua boleh baik dengan perempuan.
Pejam celik pejam celik, dah nak SPM dah. Tuptap tuptap, dah kertas terakhir dah. Masatu peperiksaan Ekonomi.
Haa ini lah kali terakhir dipanggil lelaki budiman. SPM 16 kasi gegarrrr.
Satu tu gambar graduasi dan satu lagi tu gambar terakhir kelas Sains. Sejujurnya aku rindu zaman sekolah :). Zaman ni teringat sebab masani kira "famous" jugalah. Satu sekolah kenal sebab pengawas kan. Haa masa sekolah ini, aku bukan nak berlagak ke apa ke, tapi aku memang rajin gilaaaaa. Sampaikan bukan sejarah tu koyak aku buat.
Haa ini gambar lepas dapat keputusan. Ada sedih ada bahagia.
Tuptap tuptap Alhamdulillah saya naik pentas hehe.
Jadi disini bukan nak berlagak ke ataupun apa. Tak kira lah Upsr kau teruk macam mana pun, selagi ada semangat untuk belajar, jangan pernah berputus asa. Ia ibarat cabaran untuk kita berjuang. Aku cuba buktikan yang daripada 2A boleh jadi 6A. Makin kita besar makin susah subjek yang kita ambil. Dekat Uni, subjek dia lagi susah daripada yang disangka. Jadi belajar bebetul. Jangan lupa juga, masa kita belajar ni, kumpul pengalaman dan kenangan banyak banyak sebab bende tu takkan datang kali kedua. Kau mesti akan rindu semuanya tu. Aku rindu sekolah.
Comments
Post a Comment