Cara Bermain Sofball
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.
Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain.
Ini adalah sarung tangan (glove) untuk permainan sofball ini. Dan itu adalah bola sofball yang diperbuat daripada kayu. Bola sofball itu memang keras kekadang hampir setiap tahun tulang keting saya bengkak kerana terkena bola sofball itu. Memang sakit.
Dalam permainan sofball ini, terdapat 3 jenis balingan iaitu :
1) Fast Pitch Sofball
- Ia merupakan balingan daripada pitcher dimana pitcher melepaskan bola dengan kecepatan maksimum sama seperti permainan baseball tapi berbeza daripada balingan dimana bola sofball dilepaskan dari bawah.
2) Modified Pitch Sofball
-Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch. Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa permainan dan lain-lain.
3) Slow Pitch Sofball
-Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola. Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina
Ini merupakan salah balingan yang dilakukan oleh pitcher dimana tangan mestilah berpusing.
Inilah gambaran sebenar padang sofball yang berada di luar negara. Saiznya luas daripada sebenarnya kerana memudahkan utk berlari.
Pemukul akan berada di dalam home plate untuk memukul bola yang dilepaskan oleh pitcher di bahagian pitcher plate. Selepas memukul bola yang dibaling, pemukul perlu berlari ke safety base ataupun first base. Jika bola yang dipukul memang jauh, dan pelari laju, maka pelari boleh berlari dari first base ke second base dan ke third base dan akhir sekali perlu memijak home plate. Ia dikira homerun.
Dalam permainan ini, terdapat dua jenis permainan iaitu pemukul dan pemadang. Undi akan dilakukan oleh Empire ataupun nama lain pengadil permainan. Peraturan permainan ini sentiasa berubah ubah bergantung kepada International Sofball Federation
Comments
Post a Comment