Cara ambil gambar
Assalam untuk semua. Haa harini aku akan berkongsi serba sedikit cara ambil gambar. Aku tak lah hebat sangat dalam mengambil gambar tapi boleh lah sikit sikit untuk ajar orang. Kalau nak yang pakar, minta suruh seperti Abeden ke yang ajar. Itu memang power dah. Tak boleh cakap apa dah. Dalam dunia gambar ni, terdapat banyak jenis gambar yang ada seperti gambar semula jadi, gambar makanan, gambar tempat dan banyak lagi lah. Setiap diri seseorang tu, mesti ada sedikit kemahiran untuk mengambil gambar. Sama ada digilap ataupun tidak. Dalam dunia gambar ni, bagi aku ianya agak susah sedikit sebab ia bermain dengan kemahiran dan citarasa kita. Tak semua citarasa kita sama kan. Tapi jangan risau, mungkin bagi orang lain, gambar yang diambil atau diedit tak lawa, tetapi biar memenuhi citarasa dan kepuasan kita.
Haa ini contoh gambar yang aku ambil sendiri. Bagi aku lawa je tapi tak tegak lah. Mungkin bagi orang lain taklah lawa mana tapi bagi aku lawa sebab hasil tangan aku sendiri. Gambar ini diambil menggunakan kamera iphone yang biasa je. Aku cuma edit sikit guna Vsco. Ini contoh gambar untuk gambar semula jadi atau nature. Angle gambar ini diambil secara rendah. Dalam kata lain, "Short Angle".
Ini juga contoh gambar lain untuk nature. Aku suka gambar yang tone dia gelap hehe. Ingat nak tukar tone lain tapi tak pandai sangat. Lagipun aku guna aplikasi Vsco sahaja. Gambar ini diambil di kawasan universiti. Taktahulah kenapa aku suka gambar yang kebiasaannya tone dia gelap sedikit walaupun gambar tu tak sesuai dengan tone gelap.
Ini pula gambar yang aku amik guna Iphone 6 je. Taklah lawa sangat tapi aku cuba lah. Sebab bagi aku gambar ni adalah kenangan yang boleh disimpan dalam masa yang lama. Haa untuk pengetahuan semua, ini gambar aiskrim yang aku beli dekat Family Mart Ioi City Mall. Aiskrim ni serius best sesangat. Rasa dia menyegarkan. Eh lupa pula, gambar ini aku edit guna Vsco juga. Jadi ada aplikasi Vsco je sudah cukup. Tapi kena pandai beli ataupun dapatkan preset tu lah. Sebab preset tu penting bagi yang baru mula mula minat.
Kesimpulannya, ambil sahaja gambar tak kira macam mana bentuknya sebab itu adalah kenangan untuk diri kita sendiri. Rugi kalau kita tak tangkap banyak kenangan perkara tersebut hanya berlaku sekali sahaja dan masa tidak dapat diundurkan. Kenangan kita boleh tatap lama lama. Jangan risau. Sekian daripada saya.
Comments
Post a Comment