Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB)

Assalamualaikum semua. Memandangkan beberapa hari lepas telah berlangsungnya minggu keusahawanan KAB, jadi disini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya mengawal dan menjaga kedai untuk biro saya. Ohh sebelum itu lupa untuk saya bagitahu yang saya adalah salah seorang daripada ahli biro akademik 2018/2019. Oleh sebab itu, semua biro yang ada di kolej ini diwajibkan untuk menyertai minggu keusahawanan ini. Jadi mereka perlulah untuk menyediakan tak kira apa jua perkhidmatan untuk dijual atau diberi pada minggu tersebut. Jadi semua biro telah mengadakan meeting untuk membincangkan tentang apa yang hendak dijual atau diberi. Jadi biro saya telah mencadangkan untuk menjual ''Char Kuey Teow, Cendawan celup tepung dengan Teh O Ais'' pada hari keusahawanan nanti.  Jadi pelbagai persediaan telah disediakan dimana ia menampakkan tentang kerjasama dan tanggungjawab yang ada sesama biro. Dalam penyediaan minggu ini, segala arahan termasuk maki hamun telah keluar daripada mulut semua orang dan sudah tentu bagi saya ia adalah satu lawak dimana disebalik maki hamun itu, ada gelak ketawa kerana bahasa yang dikeluarkan itu kelakar.
Haaa ini lah contoh cendawan yang kami semua sediakan masa hari keusahawana itu. Sedap sehingga menjilat jari. Yang ini betul tak tipu. Bila letak sos dengan mayonis, rasa dia weewww ngam teroxx kalau bahasa wechat lah hehe.
Haaa ini lah menu utama biro kami iaitu Char Kuey Teow yang bebetul ngam. Rasanya sehingga menjilat ibu jari kaki sebab sedap sangat. Takboleh digambarkan rasanya tapi mmg sedap. Harganya yang murah iaitu RM4. Memang Thorbaekkk.
Mana lengkap paraboss kalau takda air nanti tercekik macam mana? Jadi kami ada penyelesaiannya jadi jangan risau. Kami menyediakn air teh o ais bankrup dimana nama bankrup ini menunjukkan bahawa kesedapan air ini sehingga anda tiada duit untuk membeli air ini kerana telah menggunakan kesemua duit yang anda ada untuk beli air ini.

Setelah kesemua idea dan mendapat kata sepakat untuk menjual, jadi kami telah menyenaraikan kesemua barang yang hendak dibeli dan kami terus pergi ke Econsave dekat Jalan Reko kira kira 10 minit dari Ukm kalau jammed. Saya seorang sahaja lelaki yang pergi Econsave untuk beli barang bersama 3 org perempusn lain. Agak pening lah sebab saya taktahu pape tapi saya ikut je. Setelah kesemua barang sudah dibeli, kami naik Grab pulang ke Ukm. Petang tu juga, tepat pukul 3 ptg, aktiviti membuka kedai telah bermula. Tuptap tuptap dah pukul 5 ptg. Menu utama telah disediakan pada ptg itu. Kesemuanya berjalan dengan lancar
Haaa ini cubaan pertama masakkan Char Kuey Teow. Agak menarik dan best tauuuuu haa jangan memain kalau sekali makan jadi bankrup teruss. RM4 sahajaaa sedap dan menarik.
Dan ini pula adalah cendawan celup tepung. Sungguh menarik tau jangan banyak mengata. Saya baru tahu bende ni sedap. Serius duarius sedap. Kalau nak resepi boleh pm ye semua.

Minggu keusahawanan ini berlangsung selama 4 hari dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tiada apa apa masalah setakat ini. Jualan kami menguntungkan juga iaitu bawak pulang modal ok. Bukan senang nak menjual ni sebab perlukan komitmen.

Haaa ini gambar terakhir pada hari keusahawan bersama ahli lain dan baju baru bagi biro akademik. Alhamdulillah semuanya ok dan best. Sekiann.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik