Assalamualaikum dan selamat petang. Pernah tak kamu semua tahu tentang apps untuk edit gambar? Haa kalau nak tahu terdapat banyak apps yang sesuai utk edit gambar seperti vsco, picsart, lightroom dan studio. Paling sesuai selalunya menggunakan lightroom tapi lightroom ni best pkai kat laptop tapi ok je kalau nak pakai guna phone. Lagi satu apps semua tu boleh digunakan samada di peranti android atau ios. Tak kesah lah takda racist hehe. Tapi aku gunakan vsco sebab dah biasakan. Preset kat vsco selalunya kena beli tapi mahal lah. Aku ada je member kalau nak preset tu. Kelebihan preset tu mmg best sebab preset ni kira salah satu platform utk mencantikkan gambar yg diambil. Preset terdapat dalam lingkungan 30+. Vsco ni hanya memberikan beberapa sahaja preset yang percuma. Kalau mahukan lebih boleh dapatkan dgn cara pembelian.
 
Ni adalah salah satu pemilihan preset. Dalam sesi pengeditan gambar ni, preset ini boleh dipilih mengikut kretiviti kita which i mean ia bergantung kepada cara kita melihat sudut perspektif tentang gambar kita. Utk tambahan, saya tidak mempunyai kesemua preset tapi saya cuma ada beberapa preset sahaja. Utk saya saya lebih berminat utk menggunakan tone yang gelap atau dalam bahasa Inggeris Dark Tone bukan Dark World ye semua. Lepas melalui proses pemilihan preset ini, tapi sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa apabila kita double tap kat preset tu nanti dia keluar macam scale. Haa kat situ korang boleh adjust lagi preset tu. Kalau rasa terang sgt korang boleh rendahkan scale tu depends on kamu semua lah.
Lepas pilih preset ni, kamu bolehlah pergi ke next station kalau dalam bahasa biasa lah huhu iaitu penentuan gambar yang mengandungi elemen exposure, contrast, sharpen, tint, temperature dan macam macam lagilah. Kamu semua boleh explore apa yang ada dalam Vsco lepas kamu semua download. Free je download cuma guna jari je kwkeke.
Haa ni lah scale yang aku kata tu. Boleh lah nak tentukan scale mana yang nak. Bagi aku scale ni penting sebab dia macam ibu pada edit lah. Bagi aku lah sebab aku bukan lah professional cuma belajar kat youtube dgn kawan kawan je heheh. Tapi kamu semua boleh asah bakat dalam edit or ambil gambar sebab kita taktahu bakat kita an. Eh maaf terlari jauh dari tajuk hahaha. Haa kalau still tak puas hati dgn gambar kamu semua boleh pergi pada temperature ke contrast ke apa ke ha asalkan kome semua rasa bende tu dah molek. Jangan ikut orang sebab kita ada citarasa kita sendiri. So cuba je jgn malu malu atau segan tau ! Haa lepas siap semua tu tekan tanda right kat situ pastu nanti save je. Kalau vsco ni, kamu semua kena save sendiri kalau nak post kat insta ke ws ke. Sebab kalau tak save nanti dia akan tersimpan seribu bahasa dkt apps vsco tu.
Haa inilah jadi lepas diedit tu. Lagipun aku edit tak lawa pun tapi cukuplah untuk membuatkan kamu semua mengidam aiskrim ekeke. Ohh sebelum terlupa ni, aku post blog ni bukan utk apa tapi utk share ilmu yang aku ada je. Mungkin nampak sedikit tapi mana tahu mampu memberikan hasil yang menakjubkan utk sesiapa sahaja yang ada bakat tapi taktahu untuk diasahkan. 
Haa ini gambar yang mula mula diambil. Cuma amik guna Iphone 6 je ha. Kalau sesiapa kenal Abeden ataupun fotographer lain, mereka mengambil gambar menggunakan handphone yang mereka ada je. Jadi itu bukan alasan utk kata 'phone tak lawalah nak amik gambar' atau bla bla. Itu semua alasan. Ia bergantung pada diri kita nak ke taknak.
Ini contoh gambar yang diambil menggunakan Iphone 6. Tiada filter atau edit pun langsung. Jadi ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga memberi manfaat kepada kamu semua. Maaf kalau ada tersilap kata ataupun perkataan sebab ini kali pertama saya menulis blog hehe. Sokong lah saya dalam penulisan blog ini supaya saya lebih yakin dan mampu membina semangat yang kuat dalam diri saya. Sekian daripada saya. Terima kasihh semua - marss

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

SPM 2016

Kegunaan Kad Grafik