Posts

Showing posts from November, 2018

Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB)

Image
Assalamualaikum semua. Memandangkan beberapa hari lepas telah berlangsungnya minggu keusahawanan KAB, jadi disini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya mengawal dan menjaga kedai untuk biro saya. Ohh sebelum itu lupa untuk saya bagitahu yang saya adalah salah seorang daripada ahli biro akademik 2018/2019. Oleh sebab itu, semua biro yang ada di kolej ini diwajibkan untuk menyertai minggu keusahawanan ini. Jadi mereka perlulah untuk menyediakan tak kira apa jua perkhidmatan untuk dijual atau diberi pada minggu tersebut. Jadi semua biro telah mengadakan meeting untuk membincangkan tentang apa yang hendak dijual atau diberi. Jadi biro saya telah mencadangkan untuk menjual ''Char Kuey Teow, Cendawan celup tepung dengan Teh O Ais'' pada hari keusahawanan nanti.  Jadi pelbagai persediaan telah disediakan dimana ia menampakkan tentang kerjasama dan tanggungjawab yang ada sesama biro. Dalam penyediaan minggu ini, segala arahan termasuk maki hamun telah keluar daripada