Scroll sampai bawah kalau nak beliii.
Semua orang ada cita cita sendiri termasuklah diri saya. Saya ada cerita dan cita cita sendiri. Saya nak merasa jadi seseorang yang berduit seperti usahawan diluar sana. Tapi apakah mampu saya tiada bakat dalam berniaga. Tapi saya tetap juga mencuba sesuatu dengan menjual perfume yang harganya murah sahaja. Rm10 untuk satu botol bersaiz 9ml dan Rm15 untuk botol saiz 10ml. Mulanya perniagaan ini, saya tidak langsung mempunyai basic dalam berniaga ni. Abang saya yg suruh saya berniaga utk saja saja je. Dia kata untuk suka suka je. Jadi malam tu dia bawak balik sebotol perfume yang agak wangi lah. Memang menusuk bau dia. Saya pernah pakai boleh tahan selama 1 @ 2 hari. Memang kuatlah. Jadi abang saya tanya "nak berniaga perfume tak?" saya pun katalah "tak pandai nak berniaga semua ni sebab kena ada komitmen dan usaha" pastu dia kata "cuba je. Nanti modal acik tanggung". Jadi saya pun macam okay jelah. Jadi lusanya saya dah dapat stok. Adalah sebanyak 30 botol. Jadi saya bawak perfume tu ke sekolah untuk menjual. Saya ingat perfume yang saya jual tu biasa biasa je. Maksud saya perfume tu macam tak laku lah sebab murah dan orang pandang remeh. Tapi tak sangka pula perfume yang sebanyak 30 botol tu boleh habis dalam masa 3 hari je. Memang masatu macam wow boleh habis ni. Macam tak percaya lah. Pastu habis je perfume tu, saya amik stok lain untuk tambah.
Haaa ini lah perfume yang saya jual. Harganya Rm10 je untuk 9ml. Ada freegift box untuk perfume tu.
Haaa saya sambung balik. Lepas je saya tambah stok, saya jual dekat kawasan perumahan pula. Ramai juga member yang support tapi ada je yang tak support sebab kata jual minyak wangi. Aku pun macam tak bersemangat lah tapi aku teruskan. Lepas beberapa bulan tu aku stop kejap jual perfume sebab nak fokus pada PT3 masatu. Memang risau lah. Jadi aku mula menjual semula lepas abis PT3 dan kebetulan masatu ada lawatan sambil belajar. Aku bawak perfume tu sambil pergi lawatan. Aku bawak tak banyak pun. Adalah dalam 10 botol je kot. Tapi Alhamdulillah habis juga perfume tu. Balik je dari PT3 tu aku dah mula malas nak menjual semula. Jadi aku berhenti lah menjual. Pada pertengahan tingkatan 4, aku ada masalah dengan pembelajaran aku. Jadi aku tak sambung balik bisnes aku. Tapi pada bebetul akhir tingkatan 4 tu, aku saja je amik stok dan jual dkt sekolah semula. Ramai lah yang tanya kenapa tak jual dulu? Aku pun jawablah takda komitmen lagi. Sekarang baru ada komitmen. Masatu perfume aku ni cuma panggil Pen Perfume je. Sehingga lah aku jumpa seorang cikgu lelaki ni. Dia panggil aku Jai Mewangi sebab masatu lagu Akim terkenal. Jadi lekatlah nama Jai Mewangi sampai sekarang. Aku menjual perfume atas nama Jai Mewangi. Ramai je yang gelak sebab nama aku dan ada je yang nganjing. Tapi takpe. Aku beriltizam nak jadi kaya. Jadi kalau dorang nganjing, aku boleh tunjuk kejayaan aku tetapi bukan nak riak cuma sekadar memberi pengajaran.
Ni antara botol perfume yang aku jual. Jadi nak beli bagitahu lah hehehe.
Haa ni lah list perfume yang ada. Anda bolehlah pm saya untuk pertanyaan lanjut. Saya jamin wangiannya boleh tahan sehari. Sebab ada feedback daripada pelanggan perempuan yang mengatakan wangian ni tahan hampir 2 hari. Saya macam uisshhh ya benarin kamu ni dong. Rupanya mmg betul.
Poster ni kawan aku yang buatkan. Nanti kalau ada rezeki aku belanja kau tau. Haa kalau nak beli bolehlah pm saya untuk luaskan rezeki saya. Ini duit tambahan untuk saya sebab saya masih belajar. Takboleh nak harapkan duit keluarga 100% jadi saya jual perfume ni untuk anda semua. Ada rezeki sikit jadi duit poket. Terima kasih kepada yg support saya. "Lebih baik berkawan dengan orang yang jual perfume daripada berkawan dengan tukang kayu". Sekian terima kasih. Nak beli boleh pm saya hehe.


Comments
Post a Comment