Resepi Kimchi Korea

Blog lepas, saya telah kongsi tentang amalan pemakanan yang sihat. Jadi hari ini saya nak cerita tentang resipi yang terbaru saya ada hehe. Jangan marah hehe. Haa saya rasa ramai tidak tahu mengenai kimchi korea ini. Jadi marilah lihat sendiri.
Sebelum ini, saya akan bagitahu apa itu kimchi korea. Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang keringsos ikanbawang putihhalia dan serbuk cili merah. Kepada yang suka makan sayur, saya jamin makanan ini sesuai untuk jiwa anda, memang sedappp. Menjilat jari dan makanan ini sihat untuk tubuh badan kita 


Ini antara barang barang yang diperlukan untuk kita menyediakan makanan tradisional kimchi. Jadi saya akan kongsikan bahan bahan yang diperlukan. 

Bahan bahannya : 

1 biji kobis panjang iris tipis

1/2 cawan garam halus

2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis


1 ikat daun bawang, dipotong memanjang 

Haa ini bahan untuk sayur je. Tapi sos kimchinya adalah berbeza dimana ia terdapat resipinya yang tersendiri. 

Sos Kimchi

2 ulas bawang putih tumbuk

1 cawan serbuk lada merah

2 sudu besar gula

1 sudu kecil halia tumbuk

2 sudu besar sos ikan

4 batang daun bawang


Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan

Haaa ini pula untuk buat sos kimchi. Sosnya sedikit pedas tapi sedap sebab rasa manis manis gitu. Memang menakjubkan makanan korea ni. Pertama kali saya makan, saya memang rasa keenakan sosnya itu tersendiri lain daripada sos yang berada di Malaysia. Kalau kongsi bahan tapi tak kongsi tentang cara pembuatannya tak guna juga. Jadi mari sini saya kongsikan cara pembuatannya. 

Cara membuat Kimchi Korea

1. Pilih kobis panjang, Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.
2. Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
3. Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.
4. Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

5. Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu, simpan dalam bekas.

Jadi anda semua boleh cuba sahaja dirumah. Sekian daripada saya tentang resipi makanan tradisiona korea iaitu kimchi. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

Kegunaan Kad Grafik

Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS)