Resepi Ayam Dengan Keju
Assalamualaikum. Sekian lama tidak berjumpa, harini saya akan berkongsi dengan semua tentang resepi ayam dengan keju. Saya tidak mahir tentang memasak tapi saya suka untuk mengkongsikan beberapa ilmu yang saya adaa.
Haaa tadaaaa inilah akhirnyaa yang akan terjadi bila anda semua mengikut resepi saya ni. Jadi saya akan mengkongsikan resepi ini.
Resepi Ayam dengan Keju
Bahan-bahan:
1-1 1/2 keping dada ayam
6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya
Haaa inilah bahan bahan yang anda semua perlukan untuk memastikan makanan ini menjadi sedap dan lazat.
Haaa ini sebahagian daripada bahan bahan yang diperlukan. Cuma saya ada sedikit je. Jadi seterusnya saya akan kongsi cara cara pembuatannya.
Cara-cara:
– Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
– Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
– Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
– Perap 1 jam atau lebih.
– Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
– Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
– Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
– Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
– Kacau sehingga keju betul-betul cair.
Gambar sekadar hiasan
– Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
Ini sahaja resepi yang dapat saya kongsikan bersama.Untuk dapatkan lebih resepi, sila bersama saya untuk blog seterusnya. Selamat mencuba ! Haa tidak lupa juga yang makanan ini boleh saja dicuba oleh para lelaki yang tampan.
Comments
Post a Comment