Destinasi Pelancongan Malaysia

Soalan mengenai dimana tempat untuk kita melancong? Sudah acapkali saya dengar tentang soalan sebegini. Terutama untuk saya sebagai pelajar yang ingin untuk melancong bersama keluarga dan kawan kawan pada setiap cuti semester. Bukan sahaja mengenai tempat mana yang menarik untuk melancong malah mengambil kira tempat penginapan yang berdekatan dan murah. Hasil daripada kajian, saya akan kongsikan serba sedikit tentang tempat pelancongan dan penginapan yang ada di Malaysia.

1) Tadom Hill Resort, Selangor


Untuk mendapatkan tempat percutian yang berbaloi dan murah, sudah tentu disini boleh menjadi salah satu tempat yang anda perlu pergi. Resort yang berada di Banting ini sudah pun tular dilaman sosial baru baru ini.

Selain daripada itu, pengunjung ke resort ini boleh memilih sama ada untuk bermalam di dalam khemah ataupun chalet di kawasan ini disamping dapat melihat dan menikmati keindahan alam.


2) Fig Tree Hill, Pulau Pinang


Tidak lupa juga kepada mereka yang ingin bercuti ke Pulau Pinang. Ini merupakan salah satu tempat yang membolehkan anda lupa tentang bandar dan merasai kawasan kampung yang sungguh nyaman dan menarik. Tempat ini berada sejauh 15 minit daripada lapangan terbang Pulau Pinang. Cuma perlu memandu sejauh itu sahaja untuk sampai ke tempat ini. Ia berada di kawasan Bayan Lepas.


Ini antara keindahan keindahan yang terdapat di tempat ini. Sesuai untuk pergi bersama keluarga ataupun kawan kawan. 

3) Casabrina Villa, Pahang

Tengok sahaja dari luaran, kita dapat mengagak bahawa villa ini mahal dan sudah tentu villa ini mahal tapi kawasan dia dipenuhi dengan keindahan alam. Gabungan hutan lipur dan dan keselesaan hotel 6 bintang ini menjadi ideal untuk pencinta alam disamping mementingkan keselesaan.


Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Bermain Sofball

Kegunaan Kad Grafik

Redha Vs Pasrah