Amalan Pemakanan Yang Sihat
Mari kita lihat sekarang. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius
" 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi umu 18 tahun di negara ini samada mengalami masalah kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti)." Jadi jelas bahawa di Malaysia mempunyai makanan yang sedap dan lazat seterusnya meningkatkan masalah obesiti. Jadi mari kita amalkan cara pemakanan yang sihat.
Ini adalah kepentingan makan makanan berkhasiat. Sama seperti yang sudah saya kongsikan diatas.
Dari sekolah lagi kita diajar mengenai piramid makanan ini. Seperti yang kita tahu, makanan yang berada diatas sekali merupakan makanan yang perlu kita amik dalam kuantiti yang kecil @ sedikit. Makanan diatas sekali merangkumi makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi iaitu lemak. Ia perlu diambil tapi dalam kuantiti yang sedikit.
Kumpulan makanan pada tangga kedua dari atas perlu diambil secara sederhana. Hal ini kerana kumpulan makanan ini merangkumi protein seperti ikan. Makanan seperti ini memudahkan pembentukan tisu badan jikalau tisu dalam koyak. Jadi kuantiti yang perlu diambil lebih daripada makanan diatas.
Kumpulan makanan ketiga ini kaya dengan zat, mineral dan serat. Makanan dalam kumpulan ini penting kerana ia melengkapkan fungsi fungsi dalam organ seperti daya tahan ataupun sistem imunisasi terhadap tubuh badan. dan juga sebagai pelindung ataupun peransang kepada sistem tubuh badan yang lain seperti sistem pencernaan dan sistem aliran darah dan banyak lagi sistem - sistem penting di dalam tubuh badan kita. Ia merangkumi makanan seperti buahan dan sayur sayuran.
Kumpulan makanan keempat pula lazimnya makanan yang kaya dengan kandungan nutrien Karbohidrat Komplek yang terdiri dari zat - zat penting yang membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.Selain itu, ianya turut melengkapkan zat - zat nutrien yang lain seperti vitamin,serat,mineral dan sedikit protein. Jadi ia perlu diambil dalam kuantiti yang banyak, Hal ini kerana ia membekalkan tenaga untuk tubuh badan kita bagi melakukan rutin harian.
Jadi hal ini jelas menjelaskan bahawa amalan pemakanan amat penting untuk mengelakkan tubuh kita daripada menerima penyakit yang berbahaya. Segala kebaikannya telah dinyatakan diatas. Jadi tepuk dada tanya selera samada mahu sihat ataupun tidak.
Comments
Post a Comment